Perlukah saya isikan maklumat kad untuk akaun trial?
Tidak perlu.
Selepas trial habis, adakah saya akan automatik melanggan?
Tidak, anda tidak akan automatik melanggan. Jika tiada apa-apa dibuat, akaun anda akan "inactive" sahaja.
Untuk melanggan, ikuti langkah ini: Cara Langgan Yezza Store
Selepas trial saya habis, setup saya akan hilang?
Tidak, setup anda tidak akan hilang. Jadi jika anda langgan nanti, setup yang anda sudah buat akan kekal sahaja.
Adakah saya dapat gunakan semua fungsi semasa trial?
Ya, semua fungsi mengikut jenis pelan yang anda pilih semasa trial akan dapat digunakan.
Saya tersilap memilih pelan untuk akaun trial saya, bagamana caranya untuk saya menukar?
Anda perlu menunggu sehingga habis tempoh trial, selepas itu anda boleh melanggan, dan pilih pelan lain yang anda mahu.
Adakah link kedai saya dapat diakses oleh pelanggan jika akaun trial saya sudah tamat?
Tidak.
Bolehkah saya mendapatkan domain sendiri semasa tempoh trial?
Boleh. Jika anda tidak meneruskan mengguna Yezza, anda perlu memohon untuk pemindahan milikan domain yang anda beli dari Yezza.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.