Artikel ini mempunyai 2 bahagian :
Cara Tetapan Buat Pertama Kali
Pengguna yang menggunakan khidmat penghantaran lokal seperti i.e Lalamove/Bungkusit/GrabExpress biasanya memerlukan tetapan khas untuk menerima tempahan. Berikut adalah tetapan-tetepan khas yang boleh pengguna gunakan di kedai mereka.
- Waktu Operasi
- Tarikh-tarikh Luar Operasi
- Tarikh Penghantaran Tempahan
- Tempoh Persediaan Tempahan
- Waktu Tempahan Terakhir
- Mengehadkan Slot Penghantaran Dalam Sehari.
Ikuti panduan ini untuk tetapan buat kali pertama.
1. Tetapan Waktu Operasi
Secara amnya, kedai anda beroperasi 24 jam. Namun pengguna boleh menetapkan waktu operasi untuk selfpickup dan penghantaran.
Di luar waktu operasi, kedai anda kelihatan tutup dan pelanggan tidak dapat meneruskan tempahan. Contoh adalah seperti di bawah:
Langkah untuk tetapan:
- Pergi ke 'Setup > Order Management'
- Klik 'Setup' di pilihan 'Local order management'
- Isikan waktu operasi setiap hari mengikut operasi anda. Kedai anda akan dikira tidak beroperasi pada hari yang tiada tetapan.
- Klik 'Add hours for other days' jika anda mempunyai waktu operasi yang berlainan pada hari yang lain.
- Jika anda mempunyai slot penghantaran terhad dalam satu hari, aktifkan pilihan di bawah dan masukkan kuantiti penghantaran anda dalam sehari.
- Teruskan Tetapan untuk tetapan lain
2. Tetapan Penjadualan Tempahan
Ini membolehkan pelanggan anda untuk pilih tarikh penghantaran untuk tempahan mereka. Jika mereka masuk kedai anda semasa luar waktu operasi, tetapan ini membolehkan pelanggan memilih tarikh yang lain untuk penghantaran.
Pilihan tarikh dan waktu bergantung kepada waktu operasi yang ditetapkan.
Langkah tetapan:
- Jawab 'Yes' apabila menerima paparan di bawah. Click 'No' jika tiada kaitan. Anda masih boleh tetapkan pada waktu yang lain jika ada perubahan.
- Pilih salah satu daripada 2 pilihan yang ada:
- Only within the same day - Pelanggan anda hanya boleh pilih waktu lain dalam hari yang sama.
- One day or more - Pelanggan dapat pilih penghantaran pada hari keesokkan harinya sehingga 6 bulan akan datang.
- Klik'Next' untuk tetapan seterusnya.
3. Tetapan Tempoh Persedian Tempahan
Mengaktifkan tetapan ini dapat memberi makluman kepada pelanggan tempoh yang anda perlukan untuk menyiapkan tempahan yang ditempah sebelum mula di hantar. Info ini akan Activate this feature to inform your customers the time required to prepare orders for pickup or delivery. This info will appear at their Checkout Form:
Steps:
- Jawab 'Yes' apabila menerima paparan di bawah. Click 'No' jika tiada kaitan. Anda masih boleh tetapkan sekali lagi jika ada perubahan.
- Pilih tempoh masa yang diperlukan.
- Click 'Next' untuk tetapan yang seterusnya.
4. Waktu Pesanan Terakhir
Aktifkan tetapan ini untuk supaya anda dapat menetapkan waktu untuk menerima pesanan terakhir sebelum menutup kedai.
Ikuti langkah berikut:
- Jawab 'Yes' apabila menerima paparan di bawah. Click 'No' jika tiada kaitan. Anda masih boleh tetapkan sekali lagi jika ada perubahan.
- Pilih waktu yang sesuai untuk menerima pesanana terakhir pelanggan.
- Click 'Next' untuk tetapan seterusnya.
5. Tetapan Tarikh Luar Operasi
Anda boleh mengehadkan pelanggan dari memilih tarikh-tarikh tertentu untuk pickup atau penghantaran.
Langkah untuk tetapan:
- Click pada '+ Add date' apabila menerima paparan di bawah. Click 'Next' jika tiada kaitan. Anda masih boleh tetapkan sekali lagi jika ada perubahan.
- Masuk tarikh pilhan. Jika ada tarikh lain, ulang langkah dengan click 'Add date'.
- Klik 'Next' Untuk tetapan seterusnya.
- Klik 'Next' sekali lagi dan seterusnya 'Finish" untuk selesai tetapan penghantaran lokal.
Cara Mengaktifkan Tetapan Penghantaran Lokal Di Store / Whatsapp Form
Yezza Store:
- Pergi ke 'Setup > Yezza Store'
- Klik 'Manage Shipping Zones'
- Aktifkan pilihan di bawah:
Whatsapp Form:
- Pergi ke 'Setup > Whatsapp Forms'
- Klik 'Edit' pada mana-mana form anda.
- Skrol ke bawah sehingga menu 'Advance Shipping Setting'.
- Aktifkan pilihan di bawah:
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.