Selepas register, pengguna baru ada pilihan untuk menjalani walkthrough untuk setup kedai Yezza mereka. Namun, anda mungkin telah melangkau pilihan tersebut atau tidak pasti apa yang ada lakukan sepanjang walkthrough berkenaan.
Jangan risau, ikuti sahaja 3 langkah asas di bawah untuk setup kedai Yezza anda.
Bila selesai, artikel ini juga akan tunjuk bagaimana untuk kongsikan link kedai anda.
--
1. Upload Produk Yang Dijual
Untuk upload produk, ikut langkah di bawah.
- Klik Setup dan pilih "Products"
- Pilih "Create New Products"
- Isi kan perincian asas di bawah.
- Pilih gambar produk
- Isi nama produk
- Isi perincian ringkas.
- Harga produk.
- Jika anda jual produk bervariasi seperi warna dan saiz, tandakan kotak 'Have variant' dan mula set variasi tersebut.
- "Save" untuk selesai
Untuk lebih pantas memuat naik produk yang lain, anda boleh cuba untuk duplicate produk anda.
Setelah selesai upload produk, anda boleh teruskan ke langkah kedua atau ketahui lebih lanjut mengenai bahagian upload products.
2. Setup Cara Bayar Pelanggan.
Seterusnya, klik Setup dan pilih 'Payment'.
Pergi ke 'Online Payment' dan tekan "Setup" mengikut pilihan anda samada ingin menggunakan Stripe atau Securepay sebagai payment gateway.
Anda akan dipindahkan ke web pendaftaran. Teruskan setup dengan mengisikan perincian akaun yang akan menerima duit pelanggan nanti.
Apabila selesai, setting akan tertera seperti berikut.
Apabila aktif, pelanggan anda boleh membayar secara online banking. Anda tak perlu cashout dan terdapat pengenaan caj transaksi.
Anda boleh lihat Stripe dashboard anda dengan menekan 'Manage' dan pantau payout Stripe ke akaun anda.
Anda tiada masalah menggunakan cara pembayaran yang lain seperti tunai, transfer luar sistem secara manual jika perlu.
Ketahui lebih lanjut mengenai cara pembayaran atau teruskan dengan langkah terakhir di bawah.
3. Setup Up Yezza Shipping sebagai penghantaran.
Dengan Yezza Shipping anda boleh tetap dan gunakan Local On-Demand (Riders) atau perkhidmatan kurier atau kedua-duanya sekali.
Pengiraan caj delivery akan ditentukan secara automatik atau anda sendiri boleh tetapkan harga penghantaran.
Jika bisnes anda tidak memerlukan perkhidmatan penghantaran, anda boleh langkau langkah di bawah dan dapatkan cara untuk kongsikan link kedai anda.
Ikut langkah ringkas di bawah atau ikuti panduan penuh menetapkan Yezza Shipping.
- Buka side bar menu dan klik "Setup" dan pilih "Shipping".
- Mula tetapan dengan tekan "Setup" sama ada di sebelah Courier atau Local Delivery.
- Pilih jenis penghantaran dan isikan alamat pickup.
- Pilih jenis perkhidmatan kurier atau perkhidmatan local delivery yang ditawarkan.
- Pilih sama ada menggunakan pengiraan automatik atau caj sendiri.
- Selesai.
Ketahui lebih lanjut mengenai penghantaran lokal seperti Cash On Deliveries, tetapkan Selfpickups atau tetap minimum purchase amount jika perlu.
Selesai sahaja 3 langkah ini, kedai anda sudah pun boleh mendapat sales yang pertama.
Cuba buat dummy order dengan klik link kedai anda.
--
Cara Dapatkan Link Kedai Anda.
Cara untuk dapatkan link kedai anda bergantung kepada jenis 'kedai' yang anda ingin gunakan.
Pengguna ada 2 jenis kedai yang mereka boleh guna. Anda boleh guna salah satu atau kedua-duanya serentak.
i. WhatsApp Form
Sesuai jika pelanggan anda suka bertanya soalan dan chat sebelum membeli.
Untuk dapatkan link, anda perlu untuk attach produk anda dengan tetapkan WhatsApp Form anda terlebih dahulu.
Selesai setup form, ikut langkah di bawah untuk dapatkan link WhatsApp Form anda.
- Klik butang Share yang ditunjukkan di bawah.
- Pilih salah satu cara kongsi yang tersenarai.
ii. Yezza Store
Sesuai untuk pelanggan yang sudah biasa membeli di website e-commerce.
Anda boleh kongsikan secara terus link Yezza Store anda tanpa perlu pautkan apa-apa produk. Namun , dinasihatkan agar anda setup profil store anda dan tetapkan kategori produk terlebih dulu.
Selesai, anda cuma copy sahaja link kedai anda seperti tertera atau klik butang 'Share'
Selain dari berkongsi terus kepada pelanggan anda, anda boleh letakkan link kedai anda di mana-mana akaun sosial media milik anda.
Apabila pelanggan menempah dan membayar penuh, ianya akan muncul di Order Management untuk diuruskan dan hantar.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.