Mula setup Yezza Shipping untuk menikmati kadar penghantaran menggunakan Rakan Kongsi Penghantaran kami: Poslaju, J&T Express, DHL ecommerce, Pgeon & SkyNet
Tidak menggunakan servis di atas? Anda juga boleh tetapkan Manual Rate
Dalam artikel ini:
Caj penghantaran akan dikira secara automatik (atau ditetapkan oleh pengguna) dan akan terus dipaparkan pada pelanggan semasa checkout.
Menetapkan Dengan Perkhidmatan Kurier
Ikuti sahaja langkah-langkah di bawah.
1. Buka Side-bar menu di apps, klik 'Setup' dan seterusnya 'Shipping'.
2. Pilih 'Setup' yang selari dengan 'Courier'.
3. Klik 'Setup Now' untuk teruskan tetapan. Namun jika anda berniat untuk integrate dengan account Easyparcel anda, klik 'Maybe Later' dan boleh buat tetapan di 'Advanced Setup'.
4. Pilih 'Courier Shipping'.
5. Isikan alamat pickup kurier anda.
6. Pilih kurier pilihan anda dan cara kutipan. Klik 'Next' apabila selesai.
* Jika ada merupakan pengguna setia Yezza dan sedang menggunakan Tetapan Manual Delivery untuk caj penghantaran, anda perlu menjawab soalan di bawah.
Jawab 'Yes' jika anda mahu teruskan harga yang anda tetapkan di dalam zon sebelum ini.
Jawab 'No' jika anda ingin serahkan pada Yezza untuk melakukan pengiraan caj secara automatik.
7. Pilih 'No' untuk gunakan pengiraan caj secara automatik. Jika anda ingin menambah harga ke atas caj yang dikenakan, pilih 'Yes' atau tetapkan harga tersebut kemudian.
8. Jika anda ingin menawarkan free shipping untuk jumlah pembelian tertentu, pilih 'Yes' dan masukkan jumlah yang diperlukan pelanggan untuk mendapatkan tawaran tersebut. Pilih 'Maybe Later' untuk langkau. Tekan 'Next'.
9. Selesai!
Troubleshooting
No couriers available for your delivery address
Ikuti sahaja langkah-langkah di bawah.
1. Buka Side-bar menu di apps, klik 'Setup' > 'Advanced Setup' > 'Shipping and delivery'.
2. Pilih 'Manage' yang selari dengan '1 Malaysia'.
3. Tandakan kotak 'Courier by Yezza Shipping'. Klik 'Update Zone' apabila selesai.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.