Google Analytics merupakan servis web analytics yang boleh menawarkan statistik web dan analytical tool asas. Info dalam Google Analytics boleh digunakan untuk Search Engine Optimization (SEO) dan marketing.
Servis ini boleh digunakan secara percuma untuk semua pemilik akaun Google.
Info penting: Artikel ini hanya menerangkan cara-cara untuk link Yezza bersama Google Analytics Account. Untuk mengetahui info lanjut mengenai analytics tool/tips marketing/SEO, anda perlu mendapatkan nasihat daripada Digital Marketer yang berpengalaman atau di mana-mana kursus marketing online.
Langkah-langkah:
Yezza sudah pre-installed coding Google Analytics untuk kesemua storefronts di Yezza. Anda cuma perlu dapatkan Google Analytics ID dan letakkan di dalam Yezza app.
1. Setup akaun Google Analytics disini: https://analytics.google.com/analytics/web/provision/#/provision
2. Masukkan nama akaun anda. Anda boleh menggunakan nama company atau nama bisnes anda di ruangan ini.
3. Scroll ke bawah, dan isikan Property Name, Time Zone dan juga Currency
4. Isikan info mengenai bisnes ada. Pilih Industry Category dan juga Business Size.
5. Klik I Accept untuk Google Analytics Terms of Service
6. Pilih Web di ruangan ini
7. Isi Website URL dan juga Stream Name. Untuk Website URL, anda boleh masukkan link custom domain/Yezza Store/WhatsApp Form. Namakan strem ini, dan klik Create Stream
8. Anda akan nampak rumusan untuk Stream yang sudah dicipta. Copy Measurement ID yang terpapar.
9. Buka Yezza app, dan pergi ke Setup > Advanced Setup > Integrations > Google Analytics > Manage
10. Paste Measurement ID daripada Google Analytics diruangan ini. Klik Save
11. Akhir sekali, anda boleh cuba beberapa aktiviti di store Yezza anda seperti membeli/view store/add to cart. Anda akan nampak beberapa events yang berjaya direkodkan dalam Google Analytics anda.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.