Dapatkan kiraan komisen sales team anda dengan tepat dan pantas menggunakan Sistem Komisen Yezza.
Sistem ini sangat sesuai digunakan sekiranya anda:
- Masih menggunakan Excel/Google Spreadsheet.
- Ingin jimatkan masa daripada mengira komisen secara manual dan elakkan salah pengiraan.
Sistem Komisen ini membolehkan anda untuk:
- Dapatkan jumlah komisen secara automatik - Sama ada jumlah tetap atau ikut %
- Tetapkan level berbeza untuk setiap agent e.g Platinum, Gold, Silver.
- Pantau pembayaran komisen dan juga statement.
- Mengubah rate komisen dengan mudah.
Sebelum anda mula, pastikan anda sudah pun invite Agent anda ke dalam Yezza dan sediakan unik link untuk mereka.
Cara Setup
1. Di app Yezza, pergi ke Setup > Commissions.
2. Klik Setup.
3. Mula dengan tetapkan jumlah level yang terlibat, nama level, dan juga jenis komisen yang akan dipilih. Untuk setiap level, anda boleh set sama ada ikut % atau jumlah tetap. Boleh tengok contoh di bawah:
- Percentage: 10%.
Untuk sales RM100, agent anda akan dapat komisen sebanyak RM10. - Fix Amount: RM20
Agent anda akan dapat komisen sebanyak RM20 untuk setiap produk yang dijual.
4. Kemudian, anda perlu tetapkan percentage atau jumlah komisen untuk setiap produk. Anda juga boleh tetapkan secara pukal sekiranya semua produk mempunyai rate yang sama. Klik Next.
Single Edit
Bulk Edit
5. Assign the agents/salespersons to the respective tier. Click Finish.
6. Aktifkan ikon ini untuk mula gunakan sistem komisen.
Nota: Pengiraan komisen akan bermula selepas ikon ini diaktifkan. Ianya tidak akan terpakai untuk order yang dah lepas.
7. Sistem Komisen ini diberikan dengan percuma untuk plan Growth atau Intelligence (Legacy). Untuk plan lain, anda boleh add-on sistem ini dengan tambahan harga RM50/bulan.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.