Dengan adanya TikTok Pixel, anda boleh merakam aktiviti pengunjung ke website anda. Database ini kemudian boleh digunakan untuk mengoptimumkan TikTok Ads anda.
Anda hanya perlu copy pixel ID dan paste di Yezza app. Events yang boleh dilihat dalam Yezza ialah:
- Page View
- Contact
- Add to Cart
Dalam artikel ini
Dapatkan TikTok Pixel ID
1. Cipta akaun/login di TikTok Ads Manager
2. Pergi ke menu Assets > Event, dan klik Manage di Web Events.
3. Sekiranya Pixel anda sudah tersedia, terus pergi ke Paste TikTok Pixel ID di Yezza. Klik Create Pixel jika masih belum ada Pixel.
4. Pilih TikTok Pixel. Klik Next.
5. Namakan Pixel anda, dan pilih Manually Install Pixel Code
6. Kemudian, pilih Custom Code. Klik Create
7. TikTok Pixel anda sudah tersedia! Klik Next di page ini.
8. Klik Complete Setup
9. Optional: Muat turun TikTok Pixel Helper untuk semak events anda.
10. Anda akan dibawa ke menu Pixel semula. Copy ID yang tertera:
Paste TikTol Pixel ID di Yezza
1. Buka app Yezza, dan pergi ke Setup > Advanced Setup > Integrations > TikTok Pixel. Klik Manage.
2. Paste ID tersebut di sini. Klik Save.
3. TikTok Pixel anda sudah berjaya dimasukkan! Test link anda (Yezza Store/WhatsApp Form/Sales Page) untuk mula melihat events.
Semak Events dengan TikTok Pixel Helper
1. Muat turun TikTok Pixel Helper (Extension ini tersedia untuk Google Chrome sahaja)
2. Buka link Yezza Store/WhatsApp Form/Sales Page
3. Di Google Chrome menu, klik di ikon extension (Biasanya di ruang atas browser) - Ikon ini kelihatan seperti puzzle.
Anda akan nampak nama Pixel anda dan juga events yang ada.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.