Pergi Ke: Side-bar Menu > Setup > Whatsapp Forms > + Create New Form
WhatsApp Form sesuai digunakan sekiranya anda memerlukan pelanggan untuk WhatsApp dahulu sebelum membuat bayaran.
Cara Membuat WhatsApp Form
1. Pergi ke Setup > Whatsapp Forms. Klik '+ Create New Form.
2. Tuliskan nama untuk borang tersebut. Pelanggan anda tidak akan melihat nama ini, ia hanya untuk rujukan anda sahaja.
3. Perkara atau info yang terpapar di bahagian Data Collection adalah kotak maklumat yang akan diisi oleh pelanggan anda nanti. Jika anda perlukan lebih lagi maklumat, tekan pada + Collect Extra Info.
4. Seterusnya, klik + ADD PRODUCT untuk melampirkan produk yang anda mahu ke dalam borang tersebut.
5. Teruskan dengan memilih layout untuk WhatsApp Form anda. Anda boleh juga melihat contoh susun atur sebelum memilih (Klik Example),
6. Tambahkan/lampirkan penjual di bahagian 'Who's Selling'. Bawa kursor kepada kotak kosong tersebut, dan anda akan melihat nama-sama salespersons yang telah ada di dalam sistem anda. Nama-nama ini boleh ditukar dari masa ke semasa.
Jika lebih dari 1 salespersons ditambahkan, pelanggan yang masuk akan dibahagian secara bergilir-gilir di antara kesemua salespersons yang ada.
7. Selepas siap, tekan CREATE.
8. Klik pada 3 titik > View Form untuk melihat rupa borang whatsapp anda dari sudut pandang pelanggan nanti. Jika perlu, ubahsuai lagi. Dan akhir sekali, tolak toggle ke kanan untuk 'Publish' borang anda.
-
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.