Setelah anda selesai membentuk whatsapp form dan menerbitkan borang whatsapp anda, berikan pelanggan anda akses kepadanya supaya mereka dapat membuat tempahan melalui borang itu.
Di side-bar Menu, klik Setup > Whatsapp Forms. Kemudian anda akan melihat senarai kesemua borang whatsapp yang anda sudah buat.
Pilih satu.
Klik pada ikon 'share'.
Anda akan melihat sebuah senarai pilihan yang keluar, iaitu cara/kaedah untuk salin link. Pilih salah satu, dan teruskan menyalin link (URL) borang pada platform yang anda mahu.
Melalui borang ini nanti, pelanggan akan menyatakan tempahan mereka.
Jadi pastikan anda kongsikan link tersebut di platform yang betul, dengan kapsyen/copywriting yang betul bagi menggalakkan pelanggan klik.
-
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.