Berikut merupakan persoalan kerap berkenaan variasi produk:
1. Bolehkah saya meletakkan lebih dari satu variasi dalam produk?
Pengguna hanya boleh meletakkan satu variasi sahaja di dalam produk pada satu-satu masa.
Jika anda mempunyai lebih dari satu variasi untuk produk anda, contoh, ada beberapa pilihan warna dan saiz, kami cadangkan anda muatnaik setiap warna sebagai satu produk, dan gunakan saiz sebagai variasi.
2. Bolehkah saya gunakan variasi dan add-on bersama?
Pengguna hanya boleh menggunakan salah satu sahaja antara variasi dan add-on pada satu masa.
3. Mengapa harga produk saya tidak berubah selepas saya edit?
Jika produk anda mempunyai variasi, pastikan anda turut mengubah harga di variasi juga.
Jika tidak, harga yang dipaparkan di Yezza Store akan menunjukkan harga lama.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.