Artikel ini mengandungi 2 bahagian:
1. Cara memasukkan variasi produk
2. Cara mengemaskini inventori variasi secara 'bulk'
Baca juga: Persoalan Kerap Berkenaan Variasi Produk
1. Cara memasukkan variasi produk
Pergi Ke : Menu > Setup > Products > Manage Products
> This product comes in multiple options > Edit Variant
> Tandakan kotak "This product comes in multiple options"
> Klik Edit Variant
> Pilih jenis Variant. eg, Size
> Isikan maklumat variant
> Klik ADD
> Edit produk, pergi semula ke Variants
> Muatnaik gambar bagi variasi
> Tekan UPDATE
Semasa memuatnaik produk anda mengikut langkah ini, anda akan menemui bahagian Variants.
Tandakan kotak "This product comes in multiple options".
Klik pada Edit Variant.
Anda akan diminta memilih jenis variasi, contohnya Size
Isikan maklumat variasi tersebut; saiz nya, harga, kuantiti, berat.
Klik +ADD NEW VARIANT untuk memasukkan saiz-saiz yang lain jika ada.
Selepas kesemua saiz telah dimasukkan, klik ADD.
Anda akan mendapati di peringkat ini sistem tiada memaparkan pilihan untuk memuatnaik imej variasi tersebut lagi.
Produk tersebut akan dipaparkan di senarai utama produk anda. Anda masih belum selesai di sini.
Klik pada 3 titik di sebelah kanan, pilih edit.
Di dalam, pergi semula ke bahagian Edit Variant.
Kali ini anda akan melihat pilihan untuk upload image sudah ada.
(Benar, anda perlu SAVE dahulu, dan kembali, dan hanya selepas itu baru anda akan dapat memuatnaik imej)
Anda boleh muatnaik imej bagi variasi tersabut.
Sebagai contoh anda memilih variasi saiz, dan anda mempunyai 2 jenis saiz produk. Jadi anda boleh muatnaik gambar untuk setiap saiz.
Di pihak pelanggan, apabila mereka membuka Yezza Store anda > membuka produk, mereka akan melihat variasi yang anda muatnaik bersama imej masing-masing.
Sebagai contoh di bawah ini merupakan imej bagi 25cm Nordic Plate. Lihat juga ada disebutkan 'size' di bawah harga, dan salah satu darinya adalah bold - menunjukkan saiz yang sedang dipaparkan.
Nota: Hanya satu variasi boleh digunakan untuk satu produk.
Jika anda menjual produk yang mempunyai saiz dan warna berbeza serentak, anda disarankan memilih variasi saiz manakala untuk warna, buatkan produk baru setiap satu.
-
2. Cara mengemaskini inventori variasi secara 'bulk'
Memandangkan setiap variasi mempunyai bilangan inventori sendiri, fungsi ini membenarkan penjual mengemaskini bilangan inventori bagi setiap satu variasi secara manual.
Pergi ke : Setup > Product > Manage Inventory
> Di Menu, klik Setup > Products
> Pilih Manage Inventory
> Pilih variasi yang ingin diubah
> Klik dan ubah nombor di IN STOCK
Di Menu, klik Setup > Products.
Pilih Manage Inventory.
Senarai semua variasi produk akan dipaparkan. Cari variasi yang anda ingin ubah.
Di sebelah kanan, angka IN STOCK akan dipaparkan. Klik pada angka tersebut dan ubah.
Anda boleh juga klik pada View All Variants untuk melihat kesemua variasi yang telah ditambah untuk satu produk.
Perubahan ini akan terlihat di kedai anda serta merta.
Imej variasi hanya dapat dilihat di Yezza Store (tidak di Whatsapp Form).
Baca lagi: Cara Menutup, Mengubah Dan Meng-klon Produk
-
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.