Pergi Ke: Menu > Setup > Products
Langkah-langkah:
1. Di Menu (kiri) pergi ke 'Setup > Products'
2. Kemudian tekan '+ Create New Product'
3. Mulakan dengan memuatnaik gambar produk anda. Sebaiknya, ikut saiz yang dicadangkan bagi mendapatkan kualiti gambar terbaik. Tips: gunakan imej segi empat adalah paling baik.
4. Teruskan dengan mengisi maklumat seperti nama, harga, berat, dan butiran produk. Pelanggan anda akan melihat maklumat-maklumat ini, jadi pastikan ia diisi dengan tepat.
5. Tandakan kotak 'Inventory' jika produk anda mempunyai jumlah stok yang terhad, atau jika tiada, biarkan kosong sahaja.
6. Klik 'ADD' apabila sudah selesai, dan ulangi langkah yang sama untuk produk-produk anda yang seterusnya.
Muat Naik Multiple Photos
Anda boleh memuat naik beberapa gambar untuk setiap produk. Sebelum memuat naik lebih banyak gambar, pastikan anda mengisi maklumat terlebih dahulu dan kemudian klik 'SAVE'
1. Edit semula produk tersebut, dan klik 'Add Photo'
2. Klik 'Add Images' dan pilih beberapa gambar dari galeri anda.
3. Klik UPLOAD apabila sudah selesai.
Muat Naik Produk Video
Anda juga boleh memuat naik satu video untuk setiap produk anda. Pastikan anda sudah mengisi maklumat produk terlebih dahulu dan kemudian klik 'SAVE'.
1. Edit semula produk tersebut, dan klik 'UPLOAD'
Info penting: Video yang menggunakan format .mp4 sahaja boleh digunakan di Yezza.
2. Pilih video dari gallery & klik 'Save'
Buat masa sekarang, hanya video berformat mp4 sahaja yang boleh dimuatnaik.
Jika anda tidak pasti akan format video anda atau mahu menukar format video ke mp4, anda boleh sahaja google 'mp4 converter online' dan guna mana-mana perkhidmatan yang ditawarkan.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.