Mula setup Stripe untuk menawarkan kaedah pembayaran seperti di bawah:
FPX (Online Banking) | Credit/Debit Card | E-wallet (GrabPay) |
Dalam artikel ini:
- Cara Aktifkan Stripe
- Cara Aktifkan Credit Card
- Cara Aktifkan E-wallet (GrabPay)
- Caj Stripe & Tempoh Payout
- Cara Menyemak Payout
Cara Aktifkan Stripe
1. Di Yezza menu, pergi ke Setup > Payment > Online Payment > Stripe
2. Klik Activate
3. Pilih jenis bank akaun. Pastikan anda membaca terma dan syarat sebelum teruskan.
4. Anda akan dibawa ke page Stripe untuk memulakan proses pendaftaran
5. Masukkan phone number dan email. Klik Continue
6. Pilih Jenis Bank Akaun yang akan digunakan:
- Individual/Sole proprietorship - Individual Bank Account
- Company: Business Bank Account
- Nonprofit Organization
7. Isikan maklumat bank untuk tujuan payout
8. Semak semula semua butiran. Klik Done
9. Anda akan dibawa kembali ke page Yezza. Aktifkan fungsi Stripe untuk mula menerima bayaran dari pelanggan.
10. Tahniah! Payment gateway anda sudah berjaya diaktifkan. Anda boleh cuba membuat belian di mana-mana storefronts di Yezza.
Nota: Hanya FPX (Online Banking) sahaja yang sudah diaktifkan secara automatik.
Cara Aktifkan Credit Card & E-wallet (GrabPay)
Anda juga boleh memilih untuk aktifkan fungsi kredit/debit kad dan juga e-wallet. Buka semula settings Yezza Pay, dan aktifkan option di bawah:
Caj Stripe & Tempoh Payout
1. FPX:
- Caj: RM1.50 + 0.25% per transaksi
- Tempoh payout: 3 hari bekerja
2. Credit/Debit Card:
- Caj (Kad Malaysia): 2.5% per transaksi
- Caj (Kad luar negara): 5% per transaksi
- Tempoh payout: 3 hari bekerja
3. E-wallet (GrabPay):
- Caj: 3% per transaksi
- Tempoh: 3 hari bekerja
Cara Menyemak Payout
Payout akan dikreditkan secara automatik ke akaun yang telah didaftarkan. Tempoh masa untuk payout berlaku pula adalah bila-bila masa antara 00:00 sehingga 23:59.
Untuk dapatkan status dan maklumat terperinci, boleh ke Setup > Payment > Online Payment > Stripe > Stripe Dashboard
Di dashboard anda, ada beberapa maklumat penting:
- On the way: Jumlah yang akan dikreditkan. Klik 'More info' untuk melihat status dan juga jangkaan payout diterima
- Earnings not yet paid out: Jumlah payout yang masih belum diproses
Anda juga boleh melihat beberapa Payout status yang telah berjaya dimasukkan ke akaun anda:
- Payment from Yezza: Pembayaran pelanggan melalui Stripe
- Payout from Yezza: Payout yang telah dibuat ke akaun anda.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.