Pertama sekali, anda perlu sahkan sama ada payout sudah melebihi tiga (3) hari bekerja. Contohnya, sekiranya sale anda berlaku pada hari Jumaat, tarikh jangkaan payout ialah pada hari Rabu hadapan.
Jika sudah lebih, ianya mungkin disebabkan:
- Payout pertama dari Stripe kebiasaannya akan mengambil masa 7 hari selepas transaksi anda berjaya di Yezza. Rujuk di sini untuk info rasmi dari Stripe
Apa yang perlu dibuat: Tunggu sehingga 5-7 hari bekerja dan semak semula Stripe dashboard anda. Pihak Stripe sepatutnya sudah mengemaskini info pada waktu itu. Jangan risau, payout seterusnya akan kembali semula kepada 3 hari bekerja. - Sekiranya ini bukan payout pertama anda, ada sesetengah bank akan mengambil masa tambahan 1 hari bekerja disebabkan polisi MEPS-IBG setiap bank adalah berbeza-beza.
Apa yang perlu dibuat: Semak semula bank akaun anda pada keesokan hari bekerja. - Akaun Stripe anda disekat disebabkan maklumat tidak lengkap
Apa yang perlu dibuat: Semak email anda atau buka Stripe dashboard. Pihak Stripe akan meminta dokumen sokongan seperti Sijil Pendaftaran Bisnes, Header Penyata Bank. Lampirkan dokumen ini kepada pihak Stripe dan payout anda akan diteruskan macam biasa. - Jumlah payout tidak menepati jumlah minimum.
Apa yang perlu dibuat: Pastikan sales yang dibuat sudah mencapai minimum payout Stripe iaitu RM5.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.