Mula setup SecurePay untuk mula menerima pembayaran dari customer melalui kaedah FPX (Online Banking) method. Sekiranya anda ingin menerima pembayaran melalui kad debit/kredit, boleh menggunakan option Stripe.
Nota penting: SecurePay hanya dibenarkan untuk pengguna yang menggunakan bank akaun jenis Business sahaja. Sekiranya anda tidak mempunyai bank akaun jenis Business, anda perlu menggunakan Stripe
Dalam artikel ini:
Cara Aktifkan SecurePay
💻 Penting: Anda perlu menggunakan laptop/desktop untuk mula setup SecurePay kerana ada sesetengah menu tidak ditunjukkan di phone.
1. Di Yezza menu, pergi ke Setup > Payment > Online Payment > SecurePay
2. Klik Activate
3. Masukkan nombor IC
4. Anda akan dibawa ke page SecurePay untuk mulakan proses pendaftaran.
5. Masukkan email, nombor dan password
6. Sahkan email dan nombor anda melalui TAC yang diterima.
7. Anda perlu memuat naik salinan IC/Passport untuk tujuan pengesahan. Klik Continue
8. Masukkan Account Name. Pastikan Account Name tersebut sama seperti yang tertera di sijil SSM anda.
9. Klik Activate Your Account untuk mula mengisi butiran syarikat. Anda disyorkan untuk menggunakan laptop di bahagian ini.

10. Isikan maklumat yang diperlukan dan klik Submit

11. Tunggu 3 hingga 5 hari bekerja untuk pihak SecurePay sahkan akaun anda. Sekiranya sudah lengkap, anda boleh mula aktifkan SecurePay di app Yezza. Sila pastikan semua dokumen di upload termasuklah sijil SSM anda.
Caj SecurePay & Tempoh Payout
Caj SecurePay bergantung kepada plan Yezza anda.
Yezza Plan | Caj |
Trial & FREE | RM1.50/transaksi |
Start | RM1.00/transaksi |
Growth | RM1.00/transaksi |
Tempoh payout ialah selepas 1 hari bekerja.
Info penting: Sesetengah bank akan mengambil masa lebih dari 1 hari bekerja disebabkan polisi MEPS-IBG untuk setiap bank berbeza-beza.
Cara Menyemak Payout
Payout akan dikreditkan secara automatik ke akaun yang telah didaftarkan. Tempoh masa untuk payout berlaku pula adalah bila-bila masa antara 00:00 sehingga 23:59.
Untuk dapatkan status dan maklumat terperinci, boleh ke Setup > Payment > Online Payment > SecurePay > SecurePay Dashboard
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.