Aktifkan fungsi ini sekiranya anda ingin menerima pembayaran dari pelanggan terus ke bank akaun anda. Tiada caj tambahan dikenakan.
Kami syorkan untuk anda aktifkan kaedah Online Payment (Stripe/SecurePay) juga untuk proses yang lebih automatik dan cepat.
Dalam artikel ini:
- Bagaimana Bank Transfer Berfungsi
- Cara Setup Manual Bank Transfer
- Menerima Pembayaran (Mark as Paid)
--
Bagaimana Bank Transfer Berfungsi
1. Pelanggan memilih kaedah Manual Bank Transfer di checkout
2. Bank info seller akan muncul di page seterusnya. Pelanggan perlu klik di ikon ini untuk copy number bank akaun tersebut.
3. Pelanggan anda kemudian perlu membuka browser baru dan login ke akaun bank masing-masing. Seperti Maybank2U, CIMBClicks.
4. Paste nombor bank akaun tersebut dan lengkapkan proses pembayaran. Pelanggan anda perlu screenshot resit pembayaran dan kongsikan kepada anda melalui WhatsApp.
Cara Setup Manual Bank Transfer
Quick Setup: Menu > Setup > Payment > Bank Transfer
1. Di app Yezza, pergi ke Setup > Payment.
2. Pilih Bank Transfer.
3. Klik +Add Bank dan isikan bank akaun info anda. Klik Add bila selesai.
4. Pastikan fungsi ini sudah diaktifkan.
5. Selesai! Kaedah pembayaran ini kini akan muncul di bahagian checkout.
Menerima Pembayaran (Mark as Paid)
Setelah anda sahkan jumlah pembayaran daripada pelanggan, anda perlu sahkan lagi sekali dalam app Yezza. Caranya:
1. Buka invois pelanggan di Manage > Customers
2. Search nama/nombor pelanggan anda. Tekan di pelanggan tersebut
3. Klik View Invoice
4. Akhir sekali, klik Mark as Paid. Invois ini akan ditukar kepada Process dan akan muncul secara automatik di menu Manage > Orders
-
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.