Aktifkan fungsi ini sekiranya anda ingin menerima pembayaran secara dari pelanggan. Anda juga boleh menggunakan fungsi ini untuk mengutip deposit daripada pelanggan. Contoh:
- Pembayaran pertama: RM100.
- Pembayaran kedua: Jumlah baki invoice.
Beberapa info penting mengenai Bayaran Separa dalam Yezza:
- Adakah kaedah ini berfungsi sebagai auto-debit?
Jawapan: Tidak. Pelanggan anda perlu klik semula di invoice link untuk membuat bayaran baki invoice. - Adakah pelanggan saya akan dapat peringatan untuk buat bayaran?
Jawapan: Tidak, peringatan melalui SMS/Whatsapp tidak akan dihantar kepada pelanggan anda.
Artikel ini mengandungi 3 bahagian:
1. Menetapkan satu kadar deposit untuk semua nilai belian
2. Menetapkan jumlah deposit berbeza untuk nilai pembelian yang berbeza.
3. Kadar minimum untuk dibenarkan partial payment.
Pergi Ke : Menu > Setup > Payment > Partial Payment
Nota: Bayaran separa (partial payment) juga dirujuk sebagai bayaran deposit/pendahuluan.
1. Menetapkan satu kadar deposit untuk semua nilai belian
Di Range Amount, isikan nilai pembelian yang anda ingin benarkan 'partial payment'.
Sebagai contoh, anda ingin benarkan semua nilai pembelian, dengan 1 jumlah bayaran deposit yang sama iaitu RM50.
Untuk melakukan ini, di Range Amount, isikan harga tertinggi produk anda. Misalnya, letak RM0-RM500. Di bahagian Min Payment, letakkan RM50.
Pilih tempoh bayaran (untuk pembeli selesaikan baki bayaran). Contohnya, 3 bulan. Tekan UPDATE.
Dengan kaedah ini, selagi jumlah pembelian di dalam invois adalah RM0-RM500, pembeli tersebut akan boleh membayar deposit berjumlah RM50.
Perkara ini juga akan berlaku jika nilai invois melebihi RM500.
-
2. Menetapkan jumlah deposit berbeza untuk nilai pembelian yang berbeza.
Untuk ini, anda perlu mengadakan beberapa kadar harga.
Di kotak Amount Range, isikan nilai pembelian. Sebagai contoh, untuk pembelian berjumlah RM0-RM100, jumlah minima deposit adalah RM50.
Seterusnya, klik +ADD OPTION dan isikan nilai yang seterusnya. Contoh, untuk RM100-RM300, benarkan minimum deposit RM100. Ulangi langkah ini untuk setiap kadar/nilai yang anda perlukan.
Selepas selesai, anda boleh mencuba dengan melakukan tempahan untuk melihat samada tetapannya menepati keperluan anda.
-
3. Kadar minimum untuk dibenarkan partial payment.
Sebagai contoh, hanya pembelian RM100 ke atas yang boleh memilih untuk melakukan partial payment.
Di kotak Amount Range, isikan kadar RM0-RM100 dengan Min Payment RM100. Dengan cara ini, pembeli dengan jumlah belian RM100 atau lebih rendah akan diminta melakukan bayaran penuh juga.
Tambahkan lagi kadar-kadar berikutnya. Klik UPDATE.
Selepas selesai, anda boleh mencuba dengan melakukan tempahan untuk melihat samada tetapannya menepati keperluan anda.
-
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.