Cash on Delivery (COD) bermaksud customer anda membayar harga barang atau servis ketika penghantaran dibuat.
Sekiranya anda mempunyai order menggunakan kaedah ini, anda perlu menggunakan servis pihak ketiga seperti NinjaVan/J&T atau gunakan rider anda sendiri.
Dalam artikel ini:
Cara Setup COD
Quick Step: Menu > Setup > Advanced Setup Shipping & Delivery > Shipping zone
1. Di Yezza app, pergi ke Setup > Advanced Setup > Shipping & Delivery
2. Anda akan nampak settings Shipping zone, klik Add Zone
3. Namakan zone ini, dan klik di kotak Manual Delivery. Klik Add Rate.
4. Isikan maklumat yang diperlukan. Boleh rujuk contoh di bawah. Paling penting, anda perlu aktifkan fungsi Allow Cash On Delivery.
Cara Pelanggan Membuat Bayaran COD
1. Di Checkout page pelanggan anda, mereka akan nampak pilihan COD Available. Contoh seperti di bawah:
2. Option Cash on delivery akan muncul secara automatik di pilihan Payment. Habiskan proses Checkout ini.
3. Pelanggan anda akan dibawah ke aplikasi Whatsapp. Mereka perlu menghantar Whatsapp ini ke seller untuk confirm COD order mereka.
Cara Uruskan Order COD
1. Order yang menggunakan kaedah COD akan muncul secara automatik di Order Menu anda.
2. Di Yezza app, pergi ke Manage > Orders
3. Anda boleh uruskan penghantaran untuk item ini.
Info penting: Anda perlu menggunakan servis pihak ketiga seperti J&T/NinjaVan/Rider sendiri.
4. Selepas pembayaran diterima, anda boleh Mark As Paid order ini. Klik di order tersebut, dan page baru akan muncul.
5. Klik 'Mark as Paid'
--
Artikel Berkaitan:
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.