Nombor tracking setiap pesanan boleh dikongsi sama ada secara manual atau automatik, bergantung kepada cara penghantaran.
Artikel ini terdiri daripada dua bahagian.
Untuk panduan menetapkan penghantaran: Mengaktifkan Penghantaran
Yezza Shipping
Untuk pesanan yang dibuat dengan Yezza Shipping, anda tidak perlu mengemaskini nombor tracking untuk setiap pesanan. Anda hanya perlu mengatur penghantaran untuk pesanan dan mencetak Air Waybill untuk parcel anda.
Setelah selesai mengatur penghantaran untuk pesanan anda, anda akan dimaklumkan bahawa pengaturan itu berjaya dan nombor penjejakan juga akan terus dipaparkan. Kami akan menghantar SMS secara automatik dengan pautan penjejakan untuk semua pesanan untuk kurier yang dipenuhi melalui Yezza Shipping.
Manual Rates/COD
Untuk pesanan COD dan Manual Rates, anda perlu memasukkan nombor tracking secara manual sebelum kongsikannya kepada pelanggan.
Berikut ialah langkah-langkah untuk memasukkan nombor penjejakan:
- Kemas kini status pesanan anda kepada 'Shipped' untuk mula mengemas kini Nombor Penjejakan.
- Pergi ke 'Manage' > 'Orders'.
- Klik pada tab 'Shipping'.
- Pilih pesanan yang anda ingin kemaskini nombor tracking. Klik 'Update tracking info'.
- Masukkan Nombor Tracking / Butiran Penjejakan.
- Klik 'Update'. Pelanggan anda kemudiannya akan dapat melihat nombor tracking pada resit mereka.
Nota: Butiran penuh aktiviti penjejakan bersama dengan notifikasi perlu disemak daripada aplikasi bernama Zoo. Untuk mengelakkan pelanggan menghubungi anda untuk meminta butiran penjejakan mereka, adalah digalakkan untuk mereka download app tersebut. Sebagai alternatif, mereka juga boleh menyalin nombor tracking yang dipaparkan dan semak di tracking site kurier yang digunakan.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.