Nikmati penghantaran yang pantas dan cekap dengan rakan kongsi perkhidmatan penghantaran kami; Lalamove dan Borzo. Anda kini boleh menempah rider hanya dari app Yezza!
Artikel ini megandungi 2 bahagian:
FAQ
S: Pelanggan sudah buat bayaran untuk pesanan. Adakah rider akan terus datang?
Tidak. Anda perlu melakukan semua langkah untuk menempah rider selepas pesanan dibuat. Rider akan datang bergantung pada masa yang dijadualkan apabila anda mengatur penghantaran.
S: Siapakah yang akan menerima caj penghantaran?
Jumlah bayaran yang telah termasuk caj penghantaran akan dikreditkan kepada penjual. Penjual kemudiannya akan membuat pembayaran kepada rakan kongsi perkhidmatan penghantaran apabila menempah rider.
S: Adakah saya perlu mempunyai akaun Lalamove?
Tidak, anda tidak perlu mempunyai akaun Lalamove untuk menempah rider menggunakan Yezza Shipping.
S: Bolehkah saya menggunakan perkhidmatan lain selain Lalamove/Borzo?
Buat masa ini, hanya Lalamove dan Borzo available untuk Yezza Shipping. Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan penghantaran yang lain, anda boleh setup kadar manual anda. Rujuk artikel.
Atau, anda masih boleh menggunakan kadar automatik Lalamove/Borzo tetapi menguruskan penghantaran anda menggunakan perkhidmatan penghantaran yang lain. Setelah item dihantar, tukar Status Pesanan kepada 'Received' secara manual.
S: Mengapa kadar penghantaran berbeza semasa pesanan dan tempahan dibuat?
Memandangkan Lalamove adalah penghantaran atas permintaan (on-demand), kadarnya berubah-ubah mengikut waktu puncak. Hal ini berada di luar kawalan Yezza. Walau bagaimanapun, kami boleh cadangkan anda untuk menaikkan kadar sekitar RM1 - RM2 untuk menampung perbezaan tersebut.
S: Bagaimana untuk membatalkan tempahan rider dan mendapatkan bayaran balik?
Umumnya, bayaran bagi rider yang sudah completed tidak boleh dikembalikan. Walau bagaimanapun, kami faham mungkin terdapat insiden tidak dijangka yang menyebabkan rider tidak dapat mengambil pesanan anda. Untuk situasi ini, sila minta rider batalkan tempahan dari pihak mereka dan rider baru akan digantikan secara automatik.
Untuk pesanan yang sedang diproses, sila WhatsApp kami di 011-54023569 semasa waktu bekerja. Diingatkan bahawa bayaran balik tertakluk pada Lalamove. Untuk sebarang pembatalan, sila isi borang ini.
Cara Uruskan Order
Kesemua order yang sudah dibayar akan muncul di menu 'Manage' > 'Orders'. Untuk mula uruskan order, boleh ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Di Yezza app, pergi ke 'Manage' > 'Orders'.
2. Pilih order yang ingin diuruskan.
3. Klik 'Arrange Shipment'.
4. Anda akan dibawa ke page pengesahan order. Di page ini, boleh nampak Yezza Shipping Credit Balance. Klik 'Reload' untuk topup sekiranya baki tidak mencukupi.
5. Semak semua details. Boleh klik 'Edit' sekiranya ingin menukar tarikh dan masa penghantaran.
6. Klik 'Pay Now'.
7. Lalamove akan carikan rider untuk anda dalam masa 5 minit. Baki kredit anda hanya akan ditolak jika rider telah ditetapkan untuk pesanan anda.
8. Jika tiada rider disahkan dalam masa 5 minit, status akan bertukar kepada 'Failed'. Anda boleh klik butang 'Retry' untuk mencari rider lain.
9. Proses penghantaran anda berjaya setelah status bertukar kepada 'Arranged'. Anda akan dapat melihat real-time tracking. SMS dengan pautan penjejakan juga akan dihantar secara automatik kepada pelanggan.
10. Kemudian, anda hanya perlu menunggu rider untuk mengambil pesanan tersebut di alamat anda.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.