Artikel ini mengandungi 2 bahagian:
1. Cara mengubah status tempahan kepada 'cancelled'
2. Cara memulangkan wang pelanggan
1. Cara mengubah status tempahan kepada 'cancelled'
Pergi Ke : Manage > Order > Nama Pelanggan > Update > Cancelled
Jika pelanggan ingin membatalkan tempahan selepas bayaran dibuat, penjual perlu lakukan ini secara manual.
Di Menu, klik Manage Orders. Pilih nama pelanggan yang ingin batal tersebut.
Di sebelah kanan, anda akan menemui butang 'UPDATE'. Tekan butang tersebut.
Kemudian pilih 'cancelled'
Selepas anda berbuat demikian, nama pelanggan tersebut akan hilang dari senarai 'Orders'.
Nama tersebut boleh ditemui di Manage > Customers sebagai status 'cancelled'.
Item dari tempahan yang dibatalkan akan dikembalikan ke dalam kiraan Inventori.
-
2. Cara memulangkan wang pelanggan
Bergantung kepada polisi anda;
Jika anda menerima bayaran dengan kaedah pemindahan bank (manual), anda boleh terus pulangkan wang kepada pelanggan.
Jika anda menerima bayaran dengan kaedah Yezza Pay, sebaik sahaja jumlah tersebut telah dibayar ke akan bank anda* anda boleh terus pulangkan wang kepada pelanggan secara manual.
*sila maklum bahawa jumlah tersebut:
akan dibayar ke akaun anda selepas 3 hari berkerja, dan akan dicaj RM1.30 meskipun tempahan tersebut dibatalkan.
Penjual dinasihatkan untuk menyatakan polisi pemulangan wang yang jelas kepada pelanggan.
-
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.