Mengubah tempahan yang sudah dibuat oleh pelanggan hanya dibenarkan untuk cara pembayaran Cash on Delivery (COD). Selain cara ini, anda tidak boleh mengubah order yang telah dibayar oleh pelanggan anda. Pilih cara pembayaran di bawah:
Cash On Delivery (COD)
1. Pergi ke 'Manage > Orders (BETA)'
2. Klik pada pelanggan tersebut, dan klik di 3 titik melintang.
3. Pilih 'Edit Customer Info'
4. Klik 'Edit order'
Lain-lain
Untuk pembayaran menggunakan Yezza Pay atau Manual Bank Transfer, anda perlu tambah order yang baru terlebih dahulu, kemudian cancel order yang lama.
1. Pergi ke 'Manage > Orders (BETA)'
2. Klik pada order pelanggan tersebut.
3. Klik di share icon, dan pilih 'Copy receipt link'
4. Buka link tersebut di browser anda. Scroll ke bawah, dan klik 'Repeat Order'
5. Pilih item baru di Store/Form dan habiskan proses checkout.
6. Mark as paid order tersebut. Rujuk info lanjut di sini
7. Buka Order Management menu sekali lagi, dan klik 'Cancel Order' di order yang lama. Order ini akan dibuang dari list. Jumlah stok juga akan ditambah ke inventori anda.
Nota: Sekiranya invoice untuk order baru ini berlainan, anda perlu menguruskan secara manual lebihan bayaran/refund.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.