Eksport semua pesanan anda dari Yezza ke EasyParcel dengan beberapa klik sahaja.
Sekiranya anda menggunakan Manual Rates, anda juga boleh mengeksport pesanan menggunakan langkah-langkah di bawah.
1. Pastikan anda telah link akaun EasyParcel anda dengan Yezza.
2. Pergi ke 'Manage' > 'Orders'.
3. Pilih pesanan yang anda ingin eksport.
4. Klik 'Arrange Shipment'.
5. Anda akan diminta untuk memilih tarikh penghantaran. Setelah selesai, klik 'Ship Parcel'. Pesanan anda kemudiannya akan dihantar ke EasyParcel.
6. Pergi ke akaun EasyParcel anda. Pesanan akan dipindahkan ke 'Cart' anda dalam beberapa minit.
7. Pilih pesanan yang anda inginkan atau semua pesanan menggunakan kotak semakan yang diberikan. Klik 'Checkout' dan anda akan dibawa ke proses pembayaran.
8. Setelah pembayaran dibuat, anda boleh menyemak pesanan di 'All Parcel' > 'Parcel Status'.
9. Klik pada pesanan untuk memuat turun Air Waybill.
10. Kemudian, anda boleh copy dan paste nombor penjejakan pada pesanan anda di akaun Yezza. Pergi ke 'Manage' > 'Orders', pilih pesanan dan klik 'Add Tracking Info'.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.