Uruskan penghantaran barang anda dengan mudah dan pantas menggunakan Yezza Shipping. 2 klik sahaja diperlukan ⚡️
Proses untuk dapatkan AWB dan tracking number, boleh dibuat dalam app Yezza sahaja.
Kesemua order yang sudah dibayar akan muncul di menu 'Manage' > 'Orders'.
Dalam artikel ini:
Cara Uruskan Order
Anda boleh uruskan order secara individu atau pukal. Untuk mula uruskan order, boleh ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Di Yezza app, pergi ke 'Manage' > 'Orders'.
2. Pilih order yang ingin diuruskan.
3. Klik 'Arrange Shipment'.
4. Anda akan dibawa ke page pengesahan order. Di page ini, boleh nampak Yezza Shipping Credit Balance. Klik 'Reload' untuk topup sekiranya baki tidak mencukupi.
5. Semak semua details. Boleh klik 'Edit' sekiranya ingin menukar tarikh penghantaran atau kurier.
6. Klik 'Pay Now'.
7. Kurier anda sudah berjaya ditempah! Nombor tracking dan AWB juga sudah tersedia. Kami akan menghantar SMS secara automatik dengan pautan penjejakan untuk semua pesanan untuk kurier yang dipenuhi melalui Yezza Shipping.
8. Selepas itu, muat turun Airway Bill anda. Klik 'Finish'. Pesanan ini kemudiannya akan ditandakan sebagai 'Arranged'.
9. Kemudian, anda hanya perlu drop parcel di point atau tunggu pickup.
Nota:
- Kami cadangkan untuk hubungi cawangan kurier berdekatan kawasan anda terlebih dahulu untuk pick-up kali pertama.
- Kebiasaannya, sekurang-kurangnya 3 bungkusan diperlukan untuk anda menikmati servis pick-up dari alamat anda.
Rujuk Order Yang Sudah Berjaya
1. Di Yezza menu, pergi ke 'Manage' > 'Orders'
2. Klik icon filter (Sebelah icon mata).
3. Pilih 'Status' - 'Processing' - 'Arranged'. Klik 'Done'.
Komen
0 komen
Sila daftar masuk untuk meninggalkan komen.